Pages

Wednesday, May 15, 2013

Persepakatan UMNO dan PAS?


Aku tak berapa nak faham la kenapa UMNO dan PAS tak boleh berganding bahu dan bersepakat dalam isu memperjuangkan agama Islam dan umat Islam di Malaysia ni.. Banyak persoalan yang timbul setip kali isu ini di uar-uarkan..Antaranya:
Adakah kerana perbezaan ideologi politik, ideologi parti masing-masing? Adakah kerana PAS percaya bahawa UMNO merupakan sebuah parti Melayu yang sudah murtad kerana mendukung cita-cita kebangsaan? Adakah kerana UMNO adalah parti berasaskan sekular manakala PAS merupakan parti politik yang berasaskan Islam?Adakah disebabkan perjanjian persepakatan antara PAS dan parti-parti lain dalam pakatan rakyat atau ini hanyalah sandiwara@drama ahli politik di Malaysia ni saja.. Adakah kerana ego dan kuasa atau kerana sengketa dan dendam lama?Lagi aku pelik kenapa PAS akan mati-matian menolak semua usaha-usaha dalam penyatuan dan persepakatan antara dua parti politik ni..

Mengikut sejarah Islam, Baginda Rasulullah s.a.w telah mendamaikan pertelagahan dan pergaduhan antara dua kaum arab di Madinah iaitu kaum Aus dan Khazraj dalam peristiwa Hijrah..kemudian Baginda Rasulullah s.a.w mempersaudarakan kaum Ansar dan Muhajirin..dengan penyatuan kaum Ansar dan Muhajirin ni telah menghasilkan satu persaudaraan Islam yg kuat..kekuatan persaudaraan ini telah menaikkan Madinah menjadi sebuah negara Islam pertama dalam sejarah Islam..ia juga merupakan salah satu faktor perkembangan dan penyebaran Islam sehingga hari ini..tak ke kat sini menunjukkan menyatukan dua puak yang sama bangsa dan agama adalah salah satu sunnah Baginda Rasulullah s.a.w..kenapa masih lagi kita menolak segala usaha mengadakan permuafakatan antara UMNO dan PAS sedangkan kedua parti ni terdiri daripada bangsa Melayu dan beragama Islam..peristiwa ini juga menunjukkan bahawa perlunya ada persepakatan dan persaudaraan yang kuat sesama Islam dalam memperjuangkan Islam..cuba kita bayangkan kalau tidak ada persefahaman antara sesama Islam dan persatu-paduan antara para Sahabat, adakah Baginda Rasulullah s.a.w berjaya dalam berdakwah?mestilah tak kan..satu lagi mesej dari peristiwa pertelagahan dan pergaduhan antara kaum Aus dan Khazraj ini ialah peranan Yahudi di Madinah..sebelum penghijrahan Baginda Rasulullah s.a.w. dari Mekah ke Madinah, puak Yahudi memegang kuasa ekonomi di Madinah..pasar, telaga, perniagaan majoritinya dikuasai oleh Yahudi..Yahudi ni jugalah yang berperanan untuk menjual senjata kepada kedua-dua kaum Arab ni..untuk mendapatkan keuntungan berlipat ganda, Yahudi ni telah melaga-lagakan kaum Aus dan Khazraj..dari peristiwa ni, dah terang-terang menunjukkan bahawa pertelagahan antara dua puak tak memberikan apa-apa faedah pun kepada puak yang bergaduh ni..yang mendapat faedah dan keuntungan adalah puak yang ketiga yang bukan beragama dan berbangsa sama dengan kita..apabila Baginda Rasulullah s.a.w. berjaya mendamaikan dan menyatukan kedua puak ni, umat Islam mempunyai persaudaraan yang kuat..tiada lagi pergaduhan dan perang saudara antara kaum Arab..semua umat Islam bersatu dalam satu ummah..lama kelamaan,umat Islam menguasai politik,ekonomi di Madinah dan memecahkan monopoli ekonomi Yahudi di Madinah..dengan kekuatan politik,masyarakat dan ekonomi di Madinah dibawah Baginda Rasulullah s.a.w.,proses dakwah dan penyebaran Islam berjalan dengan lancar dan berpegang pesat..kan peristiwa yang jadi sekarang di Malaysia ni,dah jadi dah 1434 tahun yang dulu dah..kenapa kita masih lagi melakukan kesilapan yang sama..kenapa kita tak menjadikan peristiwa ni sebagai contoh dan pedoman kepada kita..

Aku bukan nk sebelah kan mana-mana pihak..sekadar nak bagi pendapat aku..kedua-dua parti politik ni masing-masing ciptaan manusia (man-made)..tiada kesempurnaan..masing-masing ada melakukan kesalahan,kesilapan,kekhilafan..tak kira la yang berideologikan kebangsaan ataupun agama Islam..ini tak bermakna semua orang UMNO tu jahat,dan tak juga bermakna semua orang PAS tu baik-baik..walaupun dalam perlembagaan PAS ada menyebut ahli PAS mestilah tidak melakukan dosa besar atau dosa kecil secara berterusan..tapi tu semua subjektif,hanya ALLAH saja yang tahu siapa yang baik dan siapa yang jahat..siapakah kita untuk menilai peribadi seseorang individu ni..semua orang melakukan kesilapan..sebab tu la dicadangkan untuk melakukan persepakatan dan muzakarah antara PAS dan UMNO..supaya sama-sama dapat membantu-membantu dalam memperjuangkan agama Islam dan umat Islam di Malaysia ni..
Permuafakatan antara UMNO dan PAS ni bagi aku boleh menguatkan lagi kedudukan Islam dan umat Islam kat Malaysia ni..kalau UMNO dianggap sebagai sekular,sekurang-kurangnya dengan permuafakatan PAS dengan UMNO,PAS boleh memberi pengajaran, teguran, nasihat atau memberi penjelasan dan memahamkan UMNO tentang mana-mana perkara mengikut pandangan Islam..bukannya nak suruh PAS bergabung dengan UMNO menjadi satu parti baru..cumanya nak kedua-dua parti ni bersatu demi memperjuangkan agama Islam..tak kira lah dengan membuat satu kongres ke,membuatkan perbincangan ke,mesyuarat ke..tak kisahlah mana-mana..yang penting kita kena ingat tujuan sebenar persepakatan dua parti ini di buat..Wallahua'lam..

Wednesday, October 31, 2012

PRAKATA

Bismillahirrahmanirrahim..

“Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.”
[Maksud surah al-Fatihah, ayat 6-7]


Ya ALLAH Ya Tuhanku! Lapangkanlah bagiku dadaku dan mudahkanlah bagiku urusanku dan buka kan lah simpulan dari lidahku supaya mereka faham ucapan ku.. Ya ALLAH, keluarkan aku dari kegelapan ragu-ragu, kurniakanlah aku dengan sinaran kefahaman, bukakanlah bagiku pintu Ilmu, dan hiasilah aku dengan akhlak yang baik dan kasih sayang.. Ya ALLAH, sinarilah hatiku dengan cahaya hidayahMu seperti Engkau menerangi bumi dan langit dengan rahmat Mu Ya ALLAH, Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..Amin Ya ALLAH..

Saja je aku buat blog ni sbb aku nak berkongsi pendapat, pandangan, dan informasi kepada semua tentang isu-isu yang berlaku di sekeliling kita sekarang ni, tak kira lah isu semasa ke, politik ke, sosial ke, agama ke (walaupun aku tahu tak semestinya ada orang yang baca dan setuju dengan nukilan aku tu nanti..hehe..).. Aku juga akan mengongsi informasi sejarah sebab aku memang minat sangat dengan sejarah ni walaupun dulu masa sekolah aku satu benda hal sejarah pun aku tak amik tahu (SPM dapat 5 je kot.lol).. aku juga akan membincangkan isu-isu ni secara santai (tak terlalu akademik sangat lah) sebab aku tahu orang bosan sikit nak baca benda akademik ni.. Aku harap kepada pembaca dapat memberi pandangan dan teguran pada setiap tulisan-tulisan aku yang akan datang ni sebab aku ni manusia biasa yang tak sempurna dan tidak selalunya betul.. Melalui cara berdiskusi ni mudah-mudahan dapat menjana minda aku dan semua.. InsyaALLAH..