Pages

Wednesday, October 31, 2012

PRAKATA

Bismillahirrahmanirrahim..

“Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.”
[Maksud surah al-Fatihah, ayat 6-7]


Ya ALLAH Ya Tuhanku! Lapangkanlah bagiku dadaku dan mudahkanlah bagiku urusanku dan buka kan lah simpulan dari lidahku supaya mereka faham ucapan ku.. Ya ALLAH, keluarkan aku dari kegelapan ragu-ragu, kurniakanlah aku dengan sinaran kefahaman, bukakanlah bagiku pintu Ilmu, dan hiasilah aku dengan akhlak yang baik dan kasih sayang.. Ya ALLAH, sinarilah hatiku dengan cahaya hidayahMu seperti Engkau menerangi bumi dan langit dengan rahmat Mu Ya ALLAH, Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..Amin Ya ALLAH..

Saja je aku buat blog ni sbb aku nak berkongsi pendapat, pandangan, dan informasi kepada semua tentang isu-isu yang berlaku di sekeliling kita sekarang ni, tak kira lah isu semasa ke, politik ke, sosial ke, agama ke (walaupun aku tahu tak semestinya ada orang yang baca dan setuju dengan nukilan aku tu nanti..hehe..).. Aku juga akan mengongsi informasi sejarah sebab aku memang minat sangat dengan sejarah ni walaupun dulu masa sekolah aku satu benda hal sejarah pun aku tak amik tahu (SPM dapat 5 je kot.lol).. aku juga akan membincangkan isu-isu ni secara santai (tak terlalu akademik sangat lah) sebab aku tahu orang bosan sikit nak baca benda akademik ni.. Aku harap kepada pembaca dapat memberi pandangan dan teguran pada setiap tulisan-tulisan aku yang akan datang ni sebab aku ni manusia biasa yang tak sempurna dan tidak selalunya betul.. Melalui cara berdiskusi ni mudah-mudahan dapat menjana minda aku dan semua.. InsyaALLAH.. 


No comments:

Post a Comment